Penubuhan Akademi Tahfiz Al-Ameen untuk menghidupkan suasana pengajian di taman perumahan ini agar lebih bermaya dengan keberkatan. Ianya bermula di dua buah rumah yang bersebelahan dengan Surau Desa Aspa Cottage. Secara tidak langsung akan memeriahkan surau yang tersergam indah ini dengan aktiviti pengajian tahfiz Al-Quran dan berbagai lagi aktiviti pengajian yang sangat diperlukan oleh masyarakat di sekitar ini.
Warga penduduk taman ini juga akan mendapat manfaat bersama dengan aktiviti-aktiviti yang diatur di sini dengan penuh rasa kesyukuran manakala para pendidik serta penuntut akademi ini akan dapat menjalankan segala aktivti pengajian dengan sempurna memandangkan tempat ini sangat sesuai dengan aktiviti tahfiz kerana berada di dalam desa perumahan yang sangat indah lagi damai.
Objektif
- Melahirkan para hufaz yang alim dan profesional dengan menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W.
- Memenuhi kehendak ibu bapa masa kini dan keperluan hufaz masa depan.
- Menghidupkan suasana pengajian di Desa Aspa Cottage ini.
Lokasi Yang Strategik
- Berada dalam desa perumahan masyarakat islam yang indah lagi damai permai.
- Jauh dari hiruk pikuk dan aktiviti sosial masyarakat bandar
- Bersebelahan dengan kawasan riadah Desa Aspa Cottage
- Berhampiran dengan highway ke Kuantan, Kuala Lumpur dan Kuala Terengganu
Pelajar sekolah menengah dari tingkatan 1. Keutamaan adalah kepada pelajar yang mendapat keputusan UPSR 5A (pelajar cemerlang)
Bahasa Utama
Bahasa utama komunikasi harian di Akademi Tahfiz ini adalah Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.
Syarat Kemasukan
- Mendapat sekurang-kurangnya 3A 2B dalam UPSR (pelajar sederhana dan cemerlang)
- Lulus temuduga ATAA
- Boleh membaca Al-Quran dengan baik
- Mempunyai personaliti yang baik
- Bersetuju dengan perjanjian syarat belajar di akademi ini
- Hafazan Al-Quran
- Diniyyah
- Akademik KBSM
- Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina Komunikasi
- Pelajar akan belajar KBSM di sekolah menengah berhampiran yang terpilih (akan ditentukan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Pahang) mengikut hari-hari pembelajaran sekolah-sekolah KPM. Pihak akademi akan menghantar dan mengambil pelajar ke sekolah dan melantik seorang penyelia untuk tujuan pemantauan serta operasi.
- Pelajar akan mengikuti kelas hafazan, pembelajaran diniyyah dan bahasa di akademi.
- Pelajar akan mengikuti aktiviti ko-kurikulum di akademi.
- Semua penuntut adalah diwajibkan menduduki peperiksaan PMR dan SPM bagi masa depan mereka yang lebih terancang.
- Penuntut akan diberikan pengukuhan latih tubi menggunakan kaedah ICT.
- Pembelajaran KBSM adalah mengikut hari-hari persekolahan Kementerian Pelajaran Malaysia
- Hafazan adalah setiap hari termasuk hari sabtu dan ahad
- Pelajaran diniyyah dari isnin hingga jumaat
- Kelas bahasa pada setiap hari sabtu dan ahad
- Cuti tidak mengikut cuti persekolahan Kementerian Pelajaran Malaysia. Cuti penggal setiap penggal adalah seminggu iaitu pada minggu pertama cuti sekolah sahaja